Advertisement!!

Saturday, March 16, 2013

Belia Bangkit: SAYU DAN PILU - SURAT TERBUKA ISTERI ANGGOTA KESEL...


Assalamualaikum...

Sehingga ke hari ini ada sahaja manusia-manusia keparat yang "merendah-rendahkan" kemampuan anggota keselamatan negara kita, Malaysia.

Aku, anak bekas seorang askar wataniah, merasa sangat berbangga walaupun ayahku sudah tidak memberikan khidmatnya lagi kepada Negara, tapi aku rasa terpanggil untuk memberitahu anda semua bahawa aku sangat berbangga pernah menjadi sebahagian keluara "terpilih itu".

Ketika ini, sahabat baikku, seorang Koperal di bawah ATM juga sedang berada di sana membantu menjaga keselamatan rakyat Sabah dari pencerobohan pengganas Kesultanan Sulu yang bodoh! Sudahlah tiada hak, sekarang pula mahu meminta bantuan tentera Indonesia bagi memerangi anggota keselamatan kita untuk menakluki Sabah, walaupun tidak mendapat bantuan dari negara mereka sendiri, Filipina!

Untuk tatapan anda, bacalah walau sekejap untuk merasai, memahami perasaan ahli keluarga anggota keselamatan yang sedang bergadai nyawa untuk kesejahteraan Malaysia. Akhir kata - "Janji Allah itu adalah pasti untuk umatnya yang mempertahankan maruah, bangsa dan Negara, iaitu -"syahid" Allahhu Akhbar! Allahhu Akhbar! Allahhu Akhbar!


Assalamialaikum wbt.


lapan orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. aku? bukanlah sebahagian dari ahli keluarga,

bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,

bukan juga seorang yang pemimpin, artis atau orang politik. aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.

ya, bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. seorang isteri anggota keselamatan. yang sering ditinggalkan suami,sebulan,dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.


begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di sulu,selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. mungkin teori tersebut di ambil dari filem filem perang,jenayah sahaja. ya,selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata,tentang teknik itu teknik ini. 

baju kalis peluru,bom itu bom ini. wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? tapi sayang,kalian hanya hebat setakat di dalam facebook,blog atau kedai kopi. tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih,demokrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? ataupun kalian hanya mampu bercerita di mulut sahaja?


sekadar bercakap,siapa pun mampu,buka mulut luas luas hembus sahaja perkataan yang hendak dikeluarkan. cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan, berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup dan mati bila keluar bekerja. 
berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah,sambil berlari-lari memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.


Ini kisah anggota PDRM dan ATM........ 


yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu, 
cuti bukanlah hak mereka, anak isteri cuma suku dari kehidupan,
tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang yang sudi berbaik sangka kepada mereka. buat roadblock dikatakan mencari duit kopi. tahan kereta ditepi jalan yang mencurigakan dikatakan tahan nak minta habuan. bila ada demokrasi,mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau kes dalam penyiasatan dikatakan tidur tidak buat kerja.


bukankah itu sebahagian dari menjaga keselamatan diri anda? 
diri anak isteri anda? paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah ini sebahagian dari modal politik!! apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau kah? siapa suka,berdiri di tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara, tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam.


kau suka? kalau suka mohon kerja polis. 
cubalah rasa bagaimana peritnya. bagilah pula anak isteri,ibumu berada ditempat kami yang mana setiap kali suami,anak,adik lelaki berkerja kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah,perasaan berdebar bagai mahu gugur jantung bimbang jika dibawa berita cumalah tentang kematian atau kecederaan ahli keluarga.


aku punya anak, sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku. bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan lagi nanti diwarisi oleh saudara mara kita. 

kalau mati nanti berapa kerat sahajalah yang peduli, sudahla tiada masa untuk anak,isteri dan keluarga gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuh tiada apa yang mampu melawan setiap takdirnya dan, aku terfikir sejenak. mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya cuma melalui gambar dan suara sahaja.


wahai kalian keturunan perajurit kita,kuatlah!! tidak apalah kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kita, kita lebih mengetahui dan kenal siapa suami kita, siapa anak kita, siapa adik-adik lelaki kita... 


semoga Allah S.W.T sentiasa melindungi kita.



p/s: petikan daripada laman web http://networkedblogs.com


Regards,
Herlinda Hamzah.



Friday, March 8, 2013

Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu


Pengganas Sulu bunuh polis dengan kejam

LAHAD DATU 7 Mac - Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.
Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.
"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.
"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.
Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.

p/s: Semoga Allah mencucuri rahmat yang melimpah-ruah ke atas arwah-arwah perwira negara Malaysia ini hendaknya. Anugerah "Syahid" itu adalah pasti - Janji Allah itu adalah pasti bagi orang-orang yang mempertahan maruah negara! Allahhu Akhbar! Allahhu Akhbar! Allahhu Akhbar!



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...